IMAM MASJID UBUDIYAH FELDA CHEMOMOI TRIANG PAHANG

PROFIL

Nama : Mohammad Asrullnizam Bin Mat Rossid

Asal : Tanah Merah Kelantan

Tarikh Lahir : 17 Mac 1990

Tarikh Khidmat : 2 Februari 2020

Lulusan Pengajian :

Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kelewek Tanah Merah Kelantan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (1) Kelantan

Madrasah Diniah al Bakriah Pasir Tumboh Kelantan (2011-2012)

Madrasah Darul Muttaqin Lepan Bola Tanah Merah Kelantan (2013-2017)

img202110111706187065659542059464677

Nama : Nawari Bin Ikom

Asal : Sungai Besar Sabak Bernam

Tarikh Lahir : 20 Julai 1950

Tarikh Khidmat : 1 Januari 2008

Lulusan Pengajian :

Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong

Sekolah Menengah Agama Arab Batu 30

Menjadi peneroka di Felda Chemomoi bermula tahun 1984

HUKUM SIAPA BERHAK NAMAKAN ANAK BARU LAHIR?

Yang lebih berhak menentukan nama anak yang baru dilahirkan ialah bapa kandung kepada anak tersebut.

Berkata Syeikh Ramli As-Syafie :

التسمية حق من له الولاية، من الأب -وإن لم تجب عليه نفقته لفقره- ثم الجد

Artinya : “Menamakan anak ialah hak orang yang mempunyai kekuasaan atasnya yaitu bapanya sekalipun tidak menanggung nafakahnya sebab faqir kemudian datuknya.” (Nihayatul Muhtaj)

Dan berkata Imam Al-Mardawi Al-Hanbali :

وهي حق للأب لا للأم

Artinya : “Dan menamakan anak itu hak bagi bapa bukan bagi ibu.” (Kitab Al-Insaf fi Ma’rifatil Rajih Minal Khilaf)

Dan berkata Syeikh Muhammad bin Ahmad ‘Alish Al-Maliki :

تسمية المولود حق أبيه

Artinya : “Menamakan bayi yang baru dilahirkan itu ialah hak bapanya.” (Kitab Manhil Jalil Syarah Mukhtasar Khalil)

Akan tepai sebaiknya hendaklah pasangan suami isteri tersebut bertolak ansur dan bermesyuarah supaya dinamakan anak tersebut dengan nama yang baik dan tidak sampai berlaku permusuhan.

Berkata Dr Nuh Sulaiman Mufti Palestin :

يُستحب التعاون والتشاور بين الوالد والوالدة حتى يختاروا الاسم الحسن المناسب لطفلهم، وأن لا يكون هذا الأمر سبباً للشقاق والنزاع، فقد قال تعالى: وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ

Artinya : “Disunatkan bertolongan dan bermesyuarah antara bapa dan ibu kanak-kanak sehingga memilih oleh mereka akan nama yang baik dan sesuai bagi anak mereka itu. Dan janganlah perkara ini menjadi sebab bermusuh dan berbalah. Maka sungguhnya Allah telah berfirman : Dan bermseyuarahlah pada pekerjaan mereka itu. – As-Syura : 38.”

HUKUM NAMAKAN HAIWAN DENGAN NAMA MANUSIA

Hukum menamakan haiwan samada haiwan peliharaaan atau yang lepas liar dengan nama manusia adalah tidak diharuskan kerana Allah memerintahkan dengan memuliakan keturunan manusia.

Berkata Syeikhul Azhar Dr Ahmad Tayyyib :

فإنه لا يجوز شرعًا تسمية الحيوان بأسماء الأشخاص؛ لأن الإنسان قد كرمه الله تعالى في قوله: ﴿وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا﴾

Artinya : “Maka sungguhnya tidak harus pada syarak menamakan haiwan dengan nama-nama seseorang dari kerana bahawasanya manusia itu sungguhnya telah memuliakannya oleh Allah Taala pada firman-Nya : Dan sungguhnya Kami telah muliakan keturunan Adam dan Kami mudahkan bagi mereka perjalanan di laut dan di darat dan Kami rezekikan mereka itu dari rezeki yang baik-baik dan Kami telah lebihkan akan mereka itu atas kebanyakkan daripada makhluk Kami dengan kelebihan yang banyak. Al-Israk ayat 70.” (Darul Ifta Mesir)

Dan harus menamakan haiwan dengan nama-nama benda seperti nama bunga dan nama laut dan nama pokok dan seumpamanya.

HUKUM PEREMPUAN DAN LELAKI MEMAKAI INAI

Hukum memakai inai atau yang semisal dengannya untuk memerahkan jari tangan dan jari kaki bagi perempuan adalah harus samada ketika berkahwin atau selepas berkahwin dan yang belum berkahwin.

Jika memakainya pada jari kaki maka haram ditunjukkan kepada ajnabi tanpa khilaf.

Dan sunat memakai inai oleh perempuan yang sudah berkahwin kerana berhias untuk suaminya.

Berkata Syeikh Sulaiman Jamal :

وأما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمرأة المتزوجة وحرام على الرجل ا هـ

Artinya : “Dan ada pun memerahkan jari dua tangan dan dua kaki dengan inai maka hukumnya disunatkan bagi perempuan yang sudah berkawhin dan haram ia atas kaum lelaki.” (Kitab Hasyiah Al-Jamal)

Dan selain dari inai itu seperti pewarna kuku maka wajib ditanggalkan sebelum mengambil wuduk dan mandi hadas kerana air tidak dapat sampai ke atas kuku kerana terhalang oleh cat kuku tersebut menjadikan mandi hadas dan wuduknya tidak sah.

Ada pun inai maka sah berwuduk dan mandi hadas dengannya kerana tidak ada atas kuku itu jirim melainkan kesan warna inai sahaja.

HUKUM MEMOTONG / MENGERAT DAHAN POKOK JIRAN

Hukum berkenaan dahan atau ranting pokok kepunyaan jiran yang masuk ke dalam kawasan rumah kita ada disebut seperti berikut :

Tersebut pada kitab Bughyah Mustarsyidin :

ولوانتشر اغصان شجرة او غروقها الي هواء ملك الجار اخبر صاحبها علي تحويلها فان لم يفعل فللجار تحويلها ثم قطعها ولو بلا اذن حاكم

Ertinya : “Dan jika tumbuh dahan-dahan pokok atau tumbuh cabang-cabangnya ke udara milik jirannya hendaklah dia beritahu kepada pemilik pokok itu supaya dialihkannya.
Maka jika pemiliknya tidak mengalihnya maka harus bagi jiran itu mengalihnya kemudian harus ia memotongnya sekalipun tanpa kebenaran hakim.”

Berkata Imam Nawawi :

اذا خرجت اغصان الشجر الي هواء مالك الجار فللجار ان يطالبها بازالتها فان لم يفعل فله تحويلها عن ملكه فان لم يستطع تحويلها فله قطعها

Artinya : “Apabila keluar oleh ranting pokok kepada ruang udara milik jiran maka harus bagi jiran itu menuntut pemilik pokok itu menghilangkannya. Maka jika pemiliknya tidak melakukannya maka harus bagi jiran itu mengalihnya dari sempadannya. Maka jika tidak mampu mengalihnya maka harus baginya memotong ranting itu.” (Al-Majmu’)

Kesimpulan

Jika dahan atau ranting pokok jiran tumbuh masuk ke ruang tanahnya samada di atas tanah atau di ruang udara maka jika mahu dia boleh menyuruh tuan pokok mengalih dahan dan ranting itu keluar dari kawasannya. Jika tuan pokok tidak mengalihnya maka harus bagi tuan tanah mengalihnya seperti ditarik ranting tersebut masuk ke dalam kawasan tuan pokok itu semula.

Jika tidak mampu mengalihnya kerana besarnya maka harus tuan tanah memotong dahan dan ranting tersebut sekalipun tidak dipersetujui oleh tuan pokok.

HUKUM MAKAN MINUM TERLALU BANYAK

Berkata Imam Syafie :

لان الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة

Artinya : “Dari kerana sungguhnya terlalu kenyang itu memberatkan badan dan mengeraskan hati dan menghilangkan kecerdikan dan membanyakkan tidur dan melemahkan dari berbuat ibadat.”

(Kitab Syiar Alam An-Nubala’)

Sebahagian ulamak berkata makan melebihi dari had kenyang itu makruh melainkan jika memudaratkan diri seperti jatuh sakit atau seumpamanya manakala sebahagian ulamak yang lain mengharamkan makan melebihi dari had kenyang secara mutlak.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

وصرح الشيخان بكراهة الأكل فوق الشبع وآخرون بحرمته

Artinya : “Dan telah menerangkan oleh Imam Nawawi dan Imam Rafi’ie dengan makruh maka melebihi had kenyang manakala ulamak yang lainnya berkata dengan haramnya.”

Samada makruh atau haram sebaiknya orang yang beriman tidak makan minum melebihi dari rasa kenyang kerana ia adalah termasuk perbuatan yang melampau dan berlebih-lebihan.

Firman Allah Taala :

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Artinya : “Makan dan minumlah kamu sekelian dan jangan kamu berlebih-lebihan kerana Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.”

(Al-A’raf : 31)

HUKUM VIRALKAN ORANG TIDAK MAHU BAYAR HUTANG

Orang yang berhutang wajib menjelaskan hutangnya apabila tiba masa membayar hutang dan jika dia sengaja tidak mahu membayar hutang maka dia telah melakukan satu jenayah dan maksiat dan dikira makan harta
orang secara haram yang tidak diterima amalnya.

Orang yang mampu membayar hutang tetapi tidak juga membayarnya adalah orang yang zalim.

Rasululllah saw bersabda :

مَطْلُ الْغَنِىِّ ظُلْمٌ

Artinya : “Menunda hutang bagi orang yang mampu adalah zalim.”

(Hadith Bukhari)

Dan orang yang sengaja tidak mahu membayar hutang ini boleh dikenakan hukuman dan tidak ada kehurmatan dirinya lagi.

لَىُّ الْوَاجِدِ يُحِلُّ عُقُوبَتَهُ وَعِرْضَهُ

Artinya : “Orang yang menunda-nunda bayar hutang itu hilang kehurmatan diri dan boleh dikenakan hukuman.”

(Hadith Bukhari)

Oleh kerana itu harus menceritakan perbuatan tidak mahu bayar hutang seseorang itu kepada orang lain supaya orang lain tidak terpedaya dan tidak dizaliminya tetapi tidak lebih dari perbuatan enggan membayar hutang itu sahaja yang yang harus diceritakan kepada orang ada pun perkara yang lain tidak dibolehkan.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :

أَيْ يُبِيحُ أَنْ يُذْكَرَ بَيْنَ النَّاسِ بِالْمَطْلِ وَسُوءِ الْمُعَامَلَةِ لَا غَيْرِهِمَا

Artinya : “Ertinya diharuskan menyebut antara manusia akan seorang yang tidak mahu bayar hutang dan buruknya muamalat denganya tetapi tidak harus menceritakan perkara yang lain dari keduanya.”

(Kitab Az-Zawajir)

Kesimpulan

Harus memberitahu orang lain tentang seorang yang berperangai tidak mahu membayar hutang atau seorang yang buruk laku ketika bermuamalat dengannya dengan tujuan supaya orang lain berhati-hati apabila berurusan dengannya.

HUKUM BUKAN ISLAM/NON-MUSLIM BERI SUMBANGAN BINA MASJID

Jumhur ulamak berpendapat orang bukan Islam harus memberi hadiah atau berwasiat kepada orang Islam dan ulamak fiqah mazhab Syafie mengharuskan menerima wasiat orang bukan Islam bagi membina masjid.

Berkata Dr Muhamad Syed Tanthawi :

قال فقهاء المالكية والشافعية والحنابلة بأنه: تجوز الهبة والوصية من غير المسلم للمسلم؛ باعتبارها من عقود التبرعات والصِّلات التي تجوز بين الأديان ما دامت لغير معصية، وقد نص فقهاء الشافعية صراحةً على جواز وصية غير المسلم لبناء مسجدٍ للمسلمين، ولما كانت الوصية من عقود التبرعات وكانت جائزةً من غير المسلم لبناء مسجدٍ للمسلمين؛ كان تبرع الأقباط لبناء المساجد جائزًا شرعًا : فضيلة الدكتور محمد سيد طنطاوي

Artinya : “Telah berkata oleh fuqahak mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali dengan bahawasanya harus pemberian dan wasiat dari orang bukan Islam kepada orang Islam dengan iktibar segala aqad berbuat kebajikan dan hubungan silaturahim yang harus antara segala agama selama bukan ia perkara maksiat.
Maka sungguhnya telah menaskan oleh ulamak fiqah mazhab Syafie dengan jelas atas harusnya wasiat bukan Islam kepada orang Islam untuk membina masjid untuk orang Islam. Dan apabila adalah wasiat tersebut termasuk perkara berbuat kebajikan dari orang bukan Islam kepada orang Islam nescaya haruslah wasiat orang bukan Islam bagi orang Islam untuk membina masjid pada sisi syarak.”

(Darul Ifta Mesir No Fatwa 4561 Tarikh 61/11/1988)

Dan adakah orang Islam wajib menerima sumbangan orang bukan Islam untuk membina masjid samada dari derma ketika hidup atau wasiat maka ulamak berkata dengan tidak wajib menerimanya hanya harus sahaja hukum menerimanya.

HUKUM MENCABUT RUMPUT DI KUBUR MENURUT 4 MAZHAB

Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.

PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم

Artinya : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi saw.”

Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ

Artinya : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”

Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه

Artinya : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”

Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ

Artinya : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya.”

Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِه

Artinya : “Dan tidak harus bagi selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”

PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.

Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ

Artinya : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)

Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها

Artinya : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawsanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)

KESIMPULAN

Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.

Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.

Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.